Pemimpin Kanan Pkr Perlekeh Perjuangan Angkat Anwar Jadi Pm

Agen BandarQ
Haspaizi Zain
KONGRES PKR | Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usahanya mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan.

Rafizi berkata, ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.

Jelasnya, walaupun parti itu meraikan perbezaan pendapat, namun dalam soal teras - iaitu mengangkat Anwar sebagai perdana menteri - seharusnya disepakati oleh semua anggota PKR.

"Ada pimpinan kanan yang memeperlekahkan perjuangan untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

"Ada yang kata (menulis di media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir, ada kata perlu kepada pilihan yang baru," katanya saat menyampaikam ucapan penggulungan pada Kongres PKR Ke-13 di Shah Alam, hari ini.
-malaysiakini

Comments

Popular posts from this blog

Lebai Sekor Ni Tak Serik: Guan Eng Bakal Ambil Tindakan Terhadap Bendahari Pas

Pemilihan Pkr Berakhir, Perseteruan Azmin-Rafizi Belum Reda